Saturday, September 4

Bagaimana Membuat Penanda Nombor Bagi Post Comment?

Salam,
Bagaimana untuk menambah nombor terhadap semua komen-komen di blog anda. Dan setiap nombor akan dihubungkan dengan ulasan yang unik. Anda / pembaca anda boleh menggunakan nombor dan link yang berkaitan dengan menyebutkan atau titik tertentu komen pada setiap posting anda. Ini membuatkan bahagian tersebut tidak terlalu kosong, dan sesungguhnya amat menarik.
Anda boleh lihat contoh dibawah, tetapi saya, semasa membuat posting ini dan kerana perjalanan laman ini terlalu baru, saya terpaksa menggunakan komen sendiri bagi menguji keberkesanannya. Lalu saya snap photo untuk tontonan anda. Saya harap anda menyukainya.
Anda juga boleh mencubanya secara langsung jika itu yang anda inginkan. [KLIK DISINI] untuk melihat atau
mencuba bagaimana ia berfungsi. Lihat pada bahagian komen.
Sekiranya anda inginkan pada laman anda, ikutilah langkah mudah yang saya ingin kongsikan dibawah.

Bagaimana Menampilkan Gambar Yang Berbeza Pada Mouse Hover

Salam, Pada posting kali ini, ingin saya menunjukkan kepada anda bagaimana cara menampilkan gambar yang berbeza setiap kali titikus anda melalui pada kawasan gambar tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, tetapi mungkin ianya berguna jika anda ingin menambahkan fun kepada laman anda. Mungkin juga anda ingin membuat kejutan kepada pelawat anda, sesunguhnya bergantung kepada anda untuk menampilkan gayanya.
Jika anda ingin melihat contoh bagaimana ianya berfungsi, [KLIK DISINI].

Bagaimana Membuat Alat Zoom Pada Gambar Didalam Blog Anda.

Salam,
Ntah kenapa hari ini saya lebih suka bermain dengan peralatan gambar, semalam saya merangkak jauh dari satu laman ke satu laman. Lalu dalam rasa seronok menyelongkar segala isi perut setiap laman, Saya terjumpa sesuatu yang mungkin menarik minat anda, sebenarnya anda boleh jumpa cara yang sama di halaman-halaman yang lain, tetapi seperti apa yang telah saya katakan pada post saya yang sebelumnya, apa yang saya pelajari saya kongsikan dan saya olahkan mengikut bahasa melayu. Ini kerana bagi saya, ada sesetengah individu kurang fasih mengunakan bahasa asing, jadi disini saya terjemahkan mengikut cara saya dan bahasa saya. Dan ini amat menyenangkan hati saya, begitu juga bahasa yang saya gunakan, sebolehnya saya inginkan setiap posting saya mesra dengan Translator Gadget yang saya pasangkan dalam laman saya ini. Saya mahukan keadilan bagi setiap pelawat atau pengunjung laman saya. Dan harapan saya anda bergembira.
Nah, Apa yang saya ingin kongsikan kali ini mengenai gambar yang mana sejenis alat yang dipasang dapat membesarkan gambar yang anda muat naik kedalam laman anda dapat dibesar seperti kanta pembesar. (ZOOM).

Bagaimana Menukar Latar Belakang Atau Warna Yang Berbeza Bagi Setiap Post?

Salam, Bersua kembali.
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk menukar warna atau latar belakang yang berbeza-beza bagi setiap post. Hal seperti ini adakalanya kita lakukan sekiranya untuk kelainan bagi setiap posting kita, ini adakalanya disebabkan mungkin sebahagian gambar yang dimasukkan tidak bersesuaian dengan latar belakang posting. Jadi cara ini anda boleh gunakan bagi membezakan kekeliruan tersebut.
Sekarang mari kita pelajari bagaimana untuk menukarkannya.
Dibawah, adalah contoh keadaaan tersebut, anda juga boleh klik pada link untuk mendapatkan keadaan sebenar: Gambar Latar Belakang Yang Berbeza Bagi Setiap Post.


BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN?

Friday, September 3

Bagaimana Untuk Membuat Site Anda Lebih Meluas Siaran?



Salam kembali, Kali ini saya ingin menunjukkan anda bagaimana untuk membuatkan site anda lebih meluas tersebar di seluruh enjin pencari seluruh dunia. Atau anda mahu saja saya lupakan pengetahuan saya ini untuk dikongsi bersama, Terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menerimanya, tetapi anda boleh cuba cara ini, mungkin ini satu rahsia yang jarang sekali dikongsi bersama, ingatlah, cari ini sememangnya membantu site anda merebak dan merangkak kesetiap enjin carian seluruh dunia, anda boleh mencubanya, dan katakan kepada saya, sehari selepas anda melakukan cara ini, purata pungunjung site anda masih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...