Wednesday, September 29

Macamana Nak Buat Favicon Icon?

Salam,
Kali ini saya nak kongsi sesuatu yang saya jumpa dengan korang. Bukan ler best sangat perkara dia, tapi sebelum ni banyak tempat saya selongkar macamana nak buat Favicon icon. Guna gambar kita sendiri atau gambar2 lain yang korang suka sebagai lambang blog/site korang.
Macam2 page saya selongkar, bila buat, bila nak simpan atau save  HTML yang saya edit keluar error, mungkin pembuka atau penutup dia salah. Kadang2 dah simpan, ok!, tapi bila check pada page view..Atoi..tak keluar pulak. Pergi banyak page, banyak site, aturcara pun berbeza-beza. Pening kepala. Ye la.. lain orang mungkin lain cara. umpama kata, lain padang lain Belalang. Ada gak yang saya dah buat, boleh simpan, boleh nampak ikon yang saya buat tu, masalah lain pulak yang timbul, tetapi hanya untuk browser Mozilla Firefox jer, Atoi...masalah betul rasanya.

Sunday, September 5

Bagaimana Untuk Menyembunyikan NavBar Dilaman Anda

Salam penuh ceria.Kali ini, saya nak kongsikan satu perkara dan satu peralatan yang tidak kurang menariknya. Perkara tersebut mengenai navbar. Navbar adalah alat dimana ianya terdapat pada atas sekali laman saya dan juga laman anda. Dan apa yang saya perhatikan, bila mengunjung dan menjelajah dari satu blog ke satu blog, Saya dapati kebanyakkan darinya telah membuang peralatan tersebut. Dan saya sendiri juga telah mempratikkan pada laman saya. Tetapi kini tidak lagi. Harus diingatkan seperti mana yang saya ketahui, Jika laman anda tidak mempunyai navbar disedari oleh pasukan Blogger atau Google, anda mungkin akan dikenakan Penalti. Secara jelasnya saya tidak pasti tetapi adalah tidak mustahil dari sumber yang

Saturday, September 4

Bagaimana Membuat Penanda Nombor Bagi Post Comment?

Salam,
Bagaimana untuk menambah nombor terhadap semua komen-komen di blog anda. Dan setiap nombor akan dihubungkan dengan ulasan yang unik. Anda / pembaca anda boleh menggunakan nombor dan link yang berkaitan dengan menyebutkan atau titik tertentu komen pada setiap posting anda. Ini membuatkan bahagian tersebut tidak terlalu kosong, dan sesungguhnya amat menarik.
Anda boleh lihat contoh dibawah, tetapi saya, semasa membuat posting ini dan kerana perjalanan laman ini terlalu baru, saya terpaksa menggunakan komen sendiri bagi menguji keberkesanannya. Lalu saya snap photo untuk tontonan anda. Saya harap anda menyukainya.
Anda juga boleh mencubanya secara langsung jika itu yang anda inginkan. [KLIK DISINI] untuk melihat atau
mencuba bagaimana ia berfungsi. Lihat pada bahagian komen.
Sekiranya anda inginkan pada laman anda, ikutilah langkah mudah yang saya ingin kongsikan dibawah.

Bagaimana Menampilkan Gambar Yang Berbeza Pada Mouse Hover

Salam, Pada posting kali ini, ingin saya menunjukkan kepada anda bagaimana cara menampilkan gambar yang berbeza setiap kali titikus anda melalui pada kawasan gambar tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, tetapi mungkin ianya berguna jika anda ingin menambahkan fun kepada laman anda. Mungkin juga anda ingin membuat kejutan kepada pelawat anda, sesunguhnya bergantung kepada anda untuk menampilkan gayanya.
Jika anda ingin melihat contoh bagaimana ianya berfungsi, [KLIK DISINI].

Bagaimana Membuat Alat Zoom Pada Gambar Didalam Blog Anda.

Salam,
Ntah kenapa hari ini saya lebih suka bermain dengan peralatan gambar, semalam saya merangkak jauh dari satu laman ke satu laman. Lalu dalam rasa seronok menyelongkar segala isi perut setiap laman, Saya terjumpa sesuatu yang mungkin menarik minat anda, sebenarnya anda boleh jumpa cara yang sama di halaman-halaman yang lain, tetapi seperti apa yang telah saya katakan pada post saya yang sebelumnya, apa yang saya pelajari saya kongsikan dan saya olahkan mengikut bahasa melayu. Ini kerana bagi saya, ada sesetengah individu kurang fasih mengunakan bahasa asing, jadi disini saya terjemahkan mengikut cara saya dan bahasa saya. Dan ini amat menyenangkan hati saya, begitu juga bahasa yang saya gunakan, sebolehnya saya inginkan setiap posting saya mesra dengan Translator Gadget yang saya pasangkan dalam laman saya ini. Saya mahukan keadilan bagi setiap pelawat atau pengunjung laman saya. Dan harapan saya anda bergembira.
Nah, Apa yang saya ingin kongsikan kali ini mengenai gambar yang mana sejenis alat yang dipasang dapat membesarkan gambar yang anda muat naik kedalam laman anda dapat dibesar seperti kanta pembesar. (ZOOM).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...