Tuesday, April 24

Chiku Chak

Copy Code didalam kotak dibawah widget tu, kemudian pergi blog page elements korang,--> Add Gadget--> HTML/JavaScript, kemudian tampalkan dlm html/javascript kotak dialog. SAVE!

Monday, April 23

Cari ID Rakan Facebook

Bismillahirahmanirrahim.
Sejahtera ke atas kamu serta junjungan Muhammad S.A.W serta keluarga.

Kali ni Abe Atok nak share sesuatu yg dah lama, cuma abe atok jer baru nak share ngan korang..hahhaa
Korang tahu apa Id Facebook korang? Ada tahu dan tak mustahil ada yg belum tahu. Samaada tak pernah amik tahu atau buat² apo nak kisahkan?.
Wooo rugi wo kalau tak tahu no id Facebook korang, tambah² lagi id facebook rkan korang. Bagi Facebook Developer Team, deme ni kena tahu mengenai ni, abe atok sdiri amik tahu walaupun bkn team dia org, sajer jer menyibukan diri..hihihi

Cuba korang tengok gambar kat bawah ni.
Tengok dalam kurungan tu, Ini bukan Facebook id, tapi nama pengguna, sebab Abe Atok dah claim guna nama ni, so nombor id pengguna dah terselindung. Tapi yg mana belum claim nama pengguna no facebook id akan dipaparkan pd bahagian ni. No id biasanya brapa ek? Ntah mungkin bergantung pengguna berdaftar kot, tapu klau yg abe atok punya lebih kurang cam ni 100001136448827 <-- 15 angka, jumlah dia sama byk ngan imei atau siri no handphone la plak...hahahaa.

Apa pentingnya nama pengguna? Penting tak penting mana pun tapi, sekurang² org akan dapat membezakan diantara yg rasmi dengan yg klon. Kerana nama pd profile tu semua orang boleh ikut sama, kecuali nama pengguna, sbb klau sama, kompom gagal utk kita setkan.

Nak Komen Ker Tak Nak..

Salam, Lama betui tak membebel kat blog, tetapi ntah kenapa tetiba rindu nak membebel smula..hahha..K r takder ape yg best pun pasal ni, cuma terkadang sering bermain kat dlm kepala otak Abe Atok bila dilayar facebook. Mcm² karenah ada. Tapi biasa lah, lumrah la bila keadaan seperti dikhalayak ramai. Baik di Facebook mahupun sekeliling kita. Bezanya di facebook benda ni kdg² ada yg kita kenal pemilik akaun tersebut dan ada sebaliknya. Mmmm, lantak r.. 


Abe Atok ni sbenarnya salah sorang kaki komen status rkn difacebook. Tapi xder la jenis maki hamun sumpah seranah, atau apa² pun, cuma sekadar joke simple² jer.. Tapi mungkin sesetengah individu tu tak bleh terima joke kita, maklum la, jangan ko pikir semua rakyat kelantan tu suka Budu, tak mustahil lebih suka Cencalok.
Kekadang Abe Atok kena amik masa utk komen status rakan yg baru Abe Atok Accept. Maklum r, Bab "Request" rakan Abe Atok ni tak brani nk tekan button tu, cam rasa ngeri sesangat...hahhahahhaa
Mungkin korang pun ada perasaan sepertimana Abe Atok rasa.

Wednesday, September 29

Macamana Nak Buat Favicon Icon?

Salam,
Kali ini saya nak kongsi sesuatu yang saya jumpa dengan korang. Bukan ler best sangat perkara dia, tapi sebelum ni banyak tempat saya selongkar macamana nak buat Favicon icon. Guna gambar kita sendiri atau gambar2 lain yang korang suka sebagai lambang blog/site korang.
Macam2 page saya selongkar, bila buat, bila nak simpan atau save  HTML yang saya edit keluar error, mungkin pembuka atau penutup dia salah. Kadang2 dah simpan, ok!, tapi bila check pada page view..Atoi..tak keluar pulak. Pergi banyak page, banyak site, aturcara pun berbeza-beza. Pening kepala. Ye la.. lain orang mungkin lain cara. umpama kata, lain padang lain Belalang. Ada gak yang saya dah buat, boleh simpan, boleh nampak ikon yang saya buat tu, masalah lain pulak yang timbul, tetapi hanya untuk browser Mozilla Firefox jer, Atoi...masalah betul rasanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...