Monday, July 12

Bagaimana cara untuk menukar gambar latar belakang blog?

Salam,
Kembali lagi kali ini pada topik  bagaimana untuk menukar gambar latar belakang blog anda?
Bagi saya, blog umpama rumah. yang mana kita perlu hias, kemas. pasangkan sesuatu, tampal sesuatu dan sebagainya. Sekurang kurang setiap tetamu yang datang ke rumah kita, ada sesuatu yang menarik perhatiannya, tapi tak semuanya tetamu kita tu begitu, sebab penilaian masing masing. yang pasti jika kita pandai mengias rumah kita, orang tak mengatakan cantik pun tak kisah la, paling tidak pun salah seorang tetamu anda mengatakan anda seorang yang rajin. Bila dia menjelajah dari satu sudut ke satu sudut, dan tidak mustahil atas sifat kerajinan
kita,  paling tidak sesuatu mungkin menarik minat seseorang.
Seperti juga blog. Seperti juga anda, saya suka melawat dari satu blog ke satu blog, walaupun blog kelihatan begitu simple, tapi saya tertarik mungkin pada peralatan dia, susun atur, dan macam macam lagi..tambah tambah pula kalau pemilik dia selalu mengemas kini. Yang peliknya, tak semuanya saya jadi pengikut, tapi saya suka melawat blog ke blog. Tak kira apa saja bahasa yang digunakan, yang penting, adakalanya posting dia mungkin sumber pengetahuan untuk kita.
Bagaimana untuk menukar gambar latar belakang blog anda?, apa yang saya tunjukkan disini, mengikut template yang sedia ada dalam google blogger template, tidak termasuk blog template yang anda muat turun daripada mana2 laman web lain. Dulu saya pun suka muat turun template selain dari yang disediakan. tapi kini saya lebih suka guna yang sedia ada, lebih senang, tambah pula saya ni tidak tahu sangat nak gunakan script xml, nak script yang sedia ada pun kadang kadang gagal. selain daripada menggunakan gambar gambar yang sedia, anda juga boleh menggunakan gambar pilihan anda, atau gambar koleksi sendiri bagi membuat gambar latar belakang blog anda, ini akan saya tunjukkan di posting yang akan datang. Mungkin pada tahap dimana anda sudah terbiasa dengan tetapan tetapan yang tersedia.


Bagaimana cara menukar gambar latar belakang blog?
1- Pada bahagian pemuka, atau dashboard, klik tab reka bentuk (Design). Sila lihat contoh gambar dibawah.
     Nota: 'Double' klik pada gambar bagi membesarkan gambar  tersebut.

2- Bila anda klik pada tab reka bentuk (Design), window elemen akan dipaparkan. Jadi pada     

    pemuka ini, anda perlu klik pada tab Reka Bentuk Template(Template Design).
    Pada awal bulan Jun 2010, Blogger telah menyediakan Template baru dan lebih segar dari    
    sebelumnya.

3- Setelah tetingkap template dipaparkan, untuk menukar gambar latar belakang, ini sekiranya 

    anda berniat untuk menukar gambar latar belakang blog anda. Klik tab Background. 
    Sekiranya anda ingin menukar Keseluruhan template dan juga gamabr latar belakang, anda 
    boleh pilih template yang telah disediakan dalam berbagai-bagai warna dan gambar yang 
    menarik. Jika anda telah memastikan bahawa gambar latar belakang telah dipilih, klik pada  
    tab 'Selesai' (Done), tetapi ini tidak bermakna ianya telah ditetapankan pada blog anda, 
    tetapi anda boleh melihatnya secara pra-tonton (preview). Jika anda ingin ianya benar-benar 
    sebagai pilihan anda, pada bahagian atas kanan, Pasangkan/Terapkan untuk Blog. (Warna 
    tulisan akan bertukar menjadi kelabu, sekiranya tetapan telah disimpan)
    Lihat contoh gambar 3 ~ 3.4.
Gambar 3.


Gambar 3.1.


Gambar 3.2.

Gambar 3.3.

Gambar 3.4.

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya tunjukkan bagaimana untuk menukar gambar latar belakang blog menggunakan template yang berasaskan blogger. Saya rasakan template yang terbaru ni amat amat menyenang bagi setiap pengendalian. Setiap sesuatu itu ada kelemahan, tetapi kita juga yang perlu memperbaiki setiap yang ingin kita paparkan. Semoga anda yang baru dalam mencipta blog sendiri, anda boleh memperbaiki setiap apa yang anda buat dengan cara mempratikkan secara berhemat. Bila sesuatu menjadi kebiasaa. anda akan dapati iannya begitu mudah, yang susah hanyalah posting. idea untuk bercerita, kalau tidak, umpama rumah tanpa penghuni, sunyi dan sepi...

Selamat mencuba dan selamat maju jaya.
Note: For those who do not understand the language of Malaysia, you can use widget language translation provided. Thank you for visiting this site.
Always cheerful.:]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...