Saturday, June 26

Bagamana cara-cara membuat akaun google.



Salam buat anda,
Bagaimana, macamana anda ingin buat blog anda sendiri, saya akan tunjukkan cara macamana dan bagaimana untuk anda buat blog anda sendiri, dan apa yang saya ajar disini adalah secara percuma.
Pembelajaran secara ringkas dan menggunakan Bahasa Malaysia atau Melayu.
Bukanlah saya seorang pakar dalam bidang ini, tetapi sekurangnya kepada anda atau mereka yang baru menceburi aliran ini, saya tunjukkan perkara asas untuk membina blog.

Intipati atau bahan2 apa yang ingin anda masukkan kedalam blog anda, itu bergantung kepada anda. Mungkin anda ingin jadikan untuk perkongsian maklumat atau info2 lain yang boleh dikongsikan bersama, dan ingatlah bahawa setiap Negara mempunyai undang2 yang berkaitan penyalahgunaan blog, in diketogori sebagai jenayah cyber. Dimalaysia, Saya sendiri tidak jelas termasuk akta2 yang keberapa tetapkan akta2 tersebut, Cuma sekurang2 saya dan anda tahu perkara2 yang dilarang dalam terma dan syarat2.

Apa yang anda perlu untuk buat blog?
-    Akaun Google (Gmail Akaun), untuk buat blog anda perlu alamat email yang berdaftar dengan google. Sekiranya anda belum ada akaun Gmail. Ikuti langkah2 berikut.
Jangan risau, apa yang saya ajar disini adalah percuma buat anda. Kerana saya percaya apa yang saya ajar hari ini satu perkara untuk anda secara percuma, Telah dijanjikan olehNYA bahawa saya akan mendapat sepuloh perkara atau ilmu baru yang saya belum ketahui tanpa sebarang bayaran.Insyaallah.
Bagi anda yang belum mempunyai akaun Google, pelajari caranya bagaimana membuat akaun google, dengan membuat akaun Gmail.
1-    Taip pada alamat www.google.com, disini akan membawa anda terus kepada google home (rumah sebenar google), sekiranya anda tulis atau taip pada kotak carian, enjin carian anda mungkin memaparkan anda berbagai bagai alamat2 yang berkaitan, jadi ini saya tidak mahu anda membuang masa mencari alamat tersebut, kerana kebanyakan alamat yang dipaparkan mengelirukan tambah bagi yang baru dalam bidang ini, kerana kebayakan dibuat secara trick dan teknik, keyword atau kata kunci memainkan peranan besar bagi pembina2 website termasuk blog. seperti mana anda boleh sampai ke blog ini. Isyaallah ini perkara ini saya akan jelaskan kemudian.
2-    Setelah anda berada di google home, lihat bahagian atas belah kanan, terdapat perkataan jaringan (Web), Imej (Image), Terjemahan (Translator), Blog, Direcktori, Kumpulan (Group) dan akhir sekali Gmail. Anda perlu klik pada Gmail tersebut. Secara langsung anda akan dibawa terus kealamat tersebut. Atau anda juga boleh Klik alamat ini http://mail.google.com/mail .
3-    Ikuti langkah2 yang buat secara bertulis dan bergambar bagi memudahkan anda.
Langkah Pertama.
Klik dibahagian tab yang bertanda “Create an Account”.

Lankah ke2.
-    Pilih bahasa pilihan anda. Bahasa Malaysia, English atau sebaliknya..
-    Isi segala maklumat atau data peribadi seperti mana contoh yang saya buat.
-    Masukkan nama anda
-    Masukkan nama bapa anda
-    Tulis atau buat alamat email yang anda inginkan, nama anda atau nama lainnya, Perkataan @gmail dibahagian belakangnya anda tidak perlu ini, kerana ianya akan terisi secara auto. Gunakan semua huruf kecil.
-    Klik pada tab yang tertera “Check availability”. Sekiranya bahagian bawahnya tertera perkataan nama alamat yang anda tulis dan perkataan “is available”, berwarna biru, ini bermakna nama dan alamat email tersebut boleh digunakan, dan sekira  keluar tulisan berwarna merah, berkemungkinan nama atau alamat tersebut telah digunakan oleh orang lain. Cari atau tulis nama alamat yang lain, kemudian ulang langkah yang sama, tekan “Check availability” sekali lagi, ulang langkah ini sehingga “is available”.
-    Seterusnya masukkan kata laluan, kata laluan yang senang ingat, dan mesti melebihi 8 abjad/angka, sebaiknya anda gabungkan antara abjad dan angka, contoh saya1234, dan anda akan dapati satu garisan berwana hijau dibahagian kanan akan memanjang, itu adalah ukuran kekuatan kata laluan anda dan sukar dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. (Elakkan daripada orang lain mengetahui kata laluan anda).
-    Masukkan kata laluan anda sekali lagi pada bahagian bawahnya, ini bagi mengesahkan kata laluan anda.
-    Jika anda menggunakan computer dipejabat, cyber cafĂ©, atau berkongsi dengan orang lain, lihat kotak kecil 4 segi tepat disebelahnya, jika ini terdapat tanda berwarna hijau, Klikkan pada tanda tersebut, bagi menyahaktifkan tetapan tersebut. Kerana ini membolehkan orang lain atau pengguna selepas anda membuka akaun anda tanpa anda sedari. Ini terjadi sekiranya kita lupa log keluar daripada akaun kita. Jadi sila ambil perhatian perkara ini. Sekiranya computer tersebut milik peribadi anda, peratus kecurian data dapat dielakkan.
-    Kemudian masukkan soalan keselamatan, tujuan soalan ini jika sekiranya anda terlupa kata laluan, soalan ini akan diajukan kepada anda untuk anda mendapatkan kata laluan baru, untuk log masuk ke akaun anda. Seeloknya gunakan soalan anda sendiri, bagi memudahkan jawapan anda, Klik anak panah kebawah, pilih taip sendiri soalan (Bawah sekali).
-    Selepas pada anda pilih taip soalan sendiri, anda dapati satu ruang kosong muncul, untuk anda mengisi soalan anda sendir, tulislah apa soalan anda, contohnya, ‘siapakah nama adik lelaki saya’, pada bawahnya anda tulis jawapan kepada soalan anda tadi.
-    Seterusnya, “Recovery email”, sekiranya anda mempunyai akaun email yang lain, akaun yahoo, hotmail, atau email tempat kerja anda. Tuliskan diruangan ini, Tetapi alamat email tempat kerja tidak digalakan. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun email yang lain, biarkan kosong ditempat ini.
-    Seterusnya, pilih nama Negara dimana Negara mana anda menetap, contohnya Malaysia, Indonesia atau lain2nya.
-    Masukkan perkataan pengesahan, perhatikan betul2 perkataan tersebut, tetapi kebiasaannya bagi gmail, semua huruf kecil digunakan, diletakkan secara mengelirukan mata, jadi perhatikan betul2 sekiranya mengisi ruangan ini, kerana jika perkataan yang dimasukkan adalah berlawanan/salah, maka anda perlu mengisi semula sebahagian apa yang telah anda masukkan. Tujuan perkataan keselamatan ini, sepertimana yang saya tahu, adalah bagi memastikan segala data yang dimasukkan adalah manusia, bukan robot atau alatan yang telah deprogram secara berkomputer..kepada anda yang pakar, betulkan saya sekiranya saya salah.
-    Selanjutnya, baca terma dan syarat2 yang ditetapkan oleh pihak google, sekiranya anda menggunakan google sebagai laman lalai anda, anda boleh gunakan penterjemah bahasa sekiranya anda tidak faham terma dan syarat2 tersebut. Dan paling senang sekali, anda boleh pasang “Pluging Translator” pada computer anda.
-    Setelah semuanya telah anda semak semula setia apa yang anda isi dalam ruang2 yang diperlukan dan setuju serta faham terma dan syarat2 berikut, anda kini boleh Klik pada tab “I accept, Create my account”.
Tahniah, anda telah berjaya membuka akaun Gmail anda, Sungguh mudahkan. Lihat contoh gambar, Klik pada gambar untuk membesarkan gambar tersebut.

Seterusnya Klik “Show me my Accont”.

Ya, disinilah pemuka akaun gmail anda. Simpan alamat gmail dan kata laluan anda ditempat yang paling selamat. Anda boleh gunakan gmail anda untuuk berhubung dengan rakan rakan anda, guna boleh gunakan untuk mendaftar mana laman web yang anda memerlukan anda mendaftar sekiranya untuk log masuk.

Tahniah sekali lagi kepada anda.
Kini anda telah mempunyai gmail akaun, dan secara langsung juga anda ada gunakan sebagai google akaun.
Selamat mencuba, dan terus berusaha kepada anda.

W'Salam.
Ninja Remote Stealth Television Gadget

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...