Saturday, September 4

Bagaimana Membuat Penanda Nombor Bagi Post Comment?

Salam,
Bagaimana untuk menambah nombor terhadap semua komen-komen di blog anda. Dan setiap nombor akan dihubungkan dengan ulasan yang unik. Anda / pembaca anda boleh menggunakan nombor dan link yang berkaitan dengan menyebutkan atau titik tertentu komen pada setiap posting anda. Ini membuatkan bahagian tersebut tidak terlalu kosong, dan sesungguhnya amat menarik.
Anda boleh lihat contoh dibawah, tetapi saya, semasa membuat posting ini dan kerana perjalanan laman ini terlalu baru, saya terpaksa menggunakan komen sendiri bagi menguji keberkesanannya. Lalu saya snap photo untuk tontonan anda. Saya harap anda menyukainya.
Anda juga boleh mencubanya secara langsung jika itu yang anda inginkan. [KLIK DISINI] untuk melihat atau
mencuba bagaimana ia berfungsi. Lihat pada bahagian komen.
Sekiranya anda inginkan pada laman anda, ikutilah langkah mudah yang saya ingin kongsikan dibawah.

Bagaimana Menampilkan Gambar Yang Berbeza Pada Mouse Hover

Salam, Pada posting kali ini, ingin saya menunjukkan kepada anda bagaimana cara menampilkan gambar yang berbeza setiap kali titikus anda melalui pada kawasan gambar tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, tetapi mungkin ianya berguna jika anda ingin menambahkan fun kepada laman anda. Mungkin juga anda ingin membuat kejutan kepada pelawat anda, sesunguhnya bergantung kepada anda untuk menampilkan gayanya.
Jika anda ingin melihat contoh bagaimana ianya berfungsi, [KLIK DISINI].

Bagaimana Membuat Alat Zoom Pada Gambar Didalam Blog Anda.

Salam,
Ntah kenapa hari ini saya lebih suka bermain dengan peralatan gambar, semalam saya merangkak jauh dari satu laman ke satu laman. Lalu dalam rasa seronok menyelongkar segala isi perut setiap laman, Saya terjumpa sesuatu yang mungkin menarik minat anda, sebenarnya anda boleh jumpa cara yang sama di halaman-halaman yang lain, tetapi seperti apa yang telah saya katakan pada post saya yang sebelumnya, apa yang saya pelajari saya kongsikan dan saya olahkan mengikut bahasa melayu. Ini kerana bagi saya, ada sesetengah individu kurang fasih mengunakan bahasa asing, jadi disini saya terjemahkan mengikut cara saya dan bahasa saya. Dan ini amat menyenangkan hati saya, begitu juga bahasa yang saya gunakan, sebolehnya saya inginkan setiap posting saya mesra dengan Translator Gadget yang saya pasangkan dalam laman saya ini. Saya mahukan keadilan bagi setiap pelawat atau pengunjung laman saya. Dan harapan saya anda bergembira.
Nah, Apa yang saya ingin kongsikan kali ini mengenai gambar yang mana sejenis alat yang dipasang dapat membesarkan gambar yang anda muat naik kedalam laman anda dapat dibesar seperti kanta pembesar. (ZOOM).

Bagaimana Menukar Latar Belakang Atau Warna Yang Berbeza Bagi Setiap Post?

Salam, Bersua kembali.
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk menukar warna atau latar belakang yang berbeza-beza bagi setiap post. Hal seperti ini adakalanya kita lakukan sekiranya untuk kelainan bagi setiap posting kita, ini adakalanya disebabkan mungkin sebahagian gambar yang dimasukkan tidak bersesuaian dengan latar belakang posting. Jadi cara ini anda boleh gunakan bagi membezakan kekeliruan tersebut.
Sekarang mari kita pelajari bagaimana untuk menukarkannya.
Dibawah, adalah contoh keadaaan tersebut, anda juga boleh klik pada link untuk mendapatkan keadaan sebenar: Gambar Latar Belakang Yang Berbeza Bagi Setiap Post.


BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN?

Friday, September 3

Bagaimana Untuk Membuat Site Anda Lebih Meluas Siaran?



Salam kembali, Kali ini saya ingin menunjukkan anda bagaimana untuk membuatkan site anda lebih meluas tersebar di seluruh enjin pencari seluruh dunia. Atau anda mahu saja saya lupakan pengetahuan saya ini untuk dikongsi bersama, Terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menerimanya, tetapi anda boleh cuba cara ini, mungkin ini satu rahsia yang jarang sekali dikongsi bersama, ingatlah, cari ini sememangnya membantu site anda merebak dan merangkak kesetiap enjin carian seluruh dunia, anda boleh mencubanya, dan katakan kepada saya, sehari selepas anda melakukan cara ini, purata pungunjung site anda masih

Bagaimana Memasang Sharing Sexy Bookmark?

Salam,
Dari satu laman kesatu laman saya menjelajah, Waktunya sudah kepagi, mata pula rasa mengantuk. Tiba-tiba tiba disatu ruang, website dari negara jiran, saya terjumpa sesuatu yang mungkin boleh dikongsi bersama, mungkin ada yang berminat mungkin juga sebaliknya, Itu terpulanglah kepada anda, sekadar ingin berkongsi apa yang saya jumpa.
Sharing sexy bookmark, tab yang menyenangkan juga begitu cantik, memudahkan pelawat berkongsi posting anda secara cepat kelaman-laman sosial atau lainnya. Bagi saya ianya cukup mesra pengguna. dan sungguh sexy seperti apa yang dikatakan dan bersesuaian dengan tajuknya.

Wednesday, September 1

Bagaimana Memasang Gadget Facebook Kedalam Blog atau Web Anda.

Facebook merupakan sebuah laman web rangkaian sosial terbesar dengan lebih daripada 400 juta pengguna aktif dan bertambah besar setiap hari! Pastikan anda menggunakan widget Facebook untuk berhubungan dengan khalayak yang lebih besar Facebook anda melalui blog atau website anda. Anda boleh menggunakan alat ini untuk dengan mudah berkongsi maklumat profil tertentu, laman web, blog, dan perniagaan dengan masyarakat Facebook. Profil Peribadi WidgetsProfile

Bagaimana menambah Buttons Berbagi Blogger ke Blogger Custom Template

Baru-baru ini, Blogger dikeluarkan ciri Butang Share baru mereka yang membuatnya lebih mudah bagi pengunjung Blog anda ke penunjuk, menciak, fshare, email, posting dan lain-lain.

Tapi, jika anda menggunakan blogger template tersuai .. Anda mungkin tidak melihat widget muncul di blog .. walaupun anda mengaktifkannya.

Jadi, jika anda mempunyai masalah itu. di sini ada cara bagaimana memperbaikinya.
(Sebelum membuat sebarang perubahan .. cadangan saya anda muat turun template asal jika supaya anda boleh muat naik semula sekiranya anda gagal mengikuti langkah yang saya sediakan)

Custom Styles Untuk Gadget

Terkadang anda hanya menginginkan alat tertentu untuk berdiri di antara sisanya. Alih-nya font atau warna yang anda ingin menukar atau Alignment atau Posisi alat. Anda boleh mengubahnya mengikut arahan di bawah ini.

Pertama, anda perlu mendapatkan ID unik dari alat anda ingin berubah.

1. Untuk melakukan ini, kita harus pergi pada paparan Halaman Elemen.

2. Cari alat yang anda ingin tukar dan memberikan nama yang unik. Untuk contoh kali ini saya gunakan gadget yang saya pasang dalam page ini "Language Translator".

3. Bila saya dapatkan nama gadget yang ingin saya tetapkan, pergi  ke halaman Edit HTML dan pada ruang kod klik Ctrl + F.

Bagaimana Membetulkan Kedudukan Gadget.

Kadang-kadang ada orang bertanya-tanya bagaimana untuk menyelaraskan atau kedudukan alat atau gadget kita dalam blog. Perkara sebegini cukup mudah bagi yang tahu, tetapi bukan sesuatu yang menyenangkan bagi mereka yang baru dalam bidang ini, Jadi saya kongsikan apa yang saya tahu kepada mereka yang belum tahu, sebenarnya banyak cara bagaimana membetulkan kedudukannya, tetapi saya harap ini sesuatu yg berguna buat mereka yang tak pernah tahu dan ingin mencubanya.

Pertanyaan Buat Diri.

Salam kembali, bersua lagi kali ini, post kedua yang aku sendiri masih samar2 apa yang nak postkan, apa yang terbaik buat anda sebagai pengunjung blog ini untuk aku kongsikan, Anyway, terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih buat pengunjung yang sudi melawat dan membaca posting aku.
Hari ni hari kedua aku posting dalam blog ni, Semalam, adalah hari kemerdekaan kali ke 53 bagi negaraku Malaysia. Bertapa aku teringat kelahiran blog aku bersamaan hari kemerdekaan negara. Kemerdekaan buat negara begitu bermakna buat seluruh rakyat Malaysia, Apa lagi aku, walaupun tak pernah merasai nikmat sebenar seperti mereka yang pernah melalui kesengsaraan dizaman penjajah. Bertapa pun kemerdekaan dan

Tuesday, August 31

Permulaan dari Kesinambungan

Salam,
Ini bukan yang pertama dan mungkin juga bukan terakhir, Dalam mencari erti kata kepuasan, Kepuasan untuk aku menjadi seorang blogger yang tak pernah rasa bosan dan jemu dalam mencari sumber ilmu berkaitan siber digelombang maya dan teknologi. Aku tahu dan aku sedar, selama ini semua blog2 aku bagaikan sampah yang bersepah dimaya siber ini, Andaikata pihak majlis pembandaran perlu cuci dan bersihkan sampah aku di jaluran internet, agaknya dah berpuluh surat saman mereka pos kat aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...