Wednesday, September 1

Pertanyaan Buat Diri.

Salam kembali, bersua lagi kali ini, post kedua yang aku sendiri masih samar2 apa yang nak postkan, apa yang terbaik buat anda sebagai pengunjung blog ini untuk aku kongsikan, Anyway, terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih buat pengunjung yang sudi melawat dan membaca posting aku.
Hari ni hari kedua aku posting dalam blog ni, Semalam, adalah hari kemerdekaan kali ke 53 bagi negaraku Malaysia. Bertapa aku teringat kelahiran blog aku bersamaan hari kemerdekaan negara. Kemerdekaan buat negara begitu bermakna buat seluruh rakyat Malaysia, Apa lagi aku, walaupun tak pernah merasai nikmat sebenar seperti mereka yang pernah melalui kesengsaraan dizaman penjajah. Bertapa pun kemerdekaan dan
kebebasan, tidak bermakna kita bebas melakukan apa saja seperti nilai kebebasan tu. Seperti mana juga kita2 membuat posting di dalam blog, kita masih perlu mengikut etika2 yang berdisiplin dalam membuat posting, jangan sampai menganggu gugat ketenteraman orang lain, atau menhentam orang lain, sebelum kita bertindak demikian, berfikirlah secara waras sebelum kita memulakan posting, tenangkan minda kita agar tidak menulis kerana rasa tidak puas hati kita,
Bila ku sedari

Diri disayangi
Langkah kaki ini
semakin berani..

Teringat ungkapan lagu tu, aku lupa apa tajuknya, cuma seingat aku, dari nyanyian kumpulan Ukays, Apa yang cuba aku maksudkan, Setiap apa yang kita posting menyenangkan semua pihak tanpa kita berpihak kepada mana pihak , itu boleh mendatangkan rasa senang dan dihormati. Bila kita menghormati orang lain, sesungguhnya orang akan menghargai kita, walaupun tidak pada kesuluruhannya.
Kepada seluruh rakyat malaysia, aku ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Jangan biarkan diri dan minda kita terus dijajah.
W'salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...