Tuesday, August 31

Permulaan dari Kesinambungan

Salam,
Ini bukan yang pertama dan mungkin juga bukan terakhir, Dalam mencari erti kata kepuasan, Kepuasan untuk aku menjadi seorang blogger yang tak pernah rasa bosan dan jemu dalam mencari sumber ilmu berkaitan siber digelombang maya dan teknologi. Aku tahu dan aku sedar, selama ini semua blog2 aku bagaikan sampah yang bersepah dimaya siber ini, Andaikata pihak majlis pembandaran perlu cuci dan bersihkan sampah aku di jaluran internet, agaknya dah berpuluh surat saman mereka pos kat aku.

Blog ni pula, aku tidak tahu samaada bakal menjadi sampah baru buat aku atau sebaliknya. Cuma apa yang ingin katakan disini, korang pun boleh buat blog seberapa korang nak, 2, 3 atau sepuluh. Sebab bukannya kena bayar, kecuali masa dan bil intenet korang. opsss..bil api pun jangan lupa.
Aku pun tak tahu blog aku yang ni akan bertahan. Kalau selama ini aku ber'blog' sambil aku mencari ilmu. Ilmu untuk mencipta sesuatu, adakalanya akan pratikkan pada blog aku, dan ada masanya aku gagal, gagal memuaskan hati aku apalagi hati korang.
Mana mungkin, blogger macam aku boleh terus capai ranking blogger paling bagus, paling best atau paling berpelangalaman di Malaysia, apa lagi di muka bumi ini. Apa tidaknya, Aku mempelajari teknik dan tip blogger terlalu muda, walaupun umur aku dah setengah umur bagi purata umur rakyat Malaysia.
Pada post ini aku tulis pengalaman ber'blog aku tak sampai 5 bulan, tanpa cikgu depan mata, tak ada asas atau basic untuk membuat blog, dan yang paling aku sedih, aku takde duit untuk membayar mana2 cikgu2 yang pakar dalam bidang internet untuk mengajar aku. Aku habiskan masa berjam2 depan pc aku, aku tenung monitor aku sampai nak tembus mata aku, aku berjaga malam sampai aku tak cukup tidur, tapi aku tak juga2 hilang boroi perut aku. Tapi itulah..aku tak pernah rasa puas bila online, Aku sentiasa dahaga ilmu,bukan aku dahagakan kasih sayang.
Kesinambungan,
Aku pun tak tahu kenapa mesti aku masukkan ayat ni, mungkin sebab menyambung dari hasil aku yang tak pernah siap, dari hasil yang sering gagal. Ntahlah.. kalau korang tengok profile aku, korang boleh nampak semua blog2 aku. Ada berapa banyak? Bukan aku tamak, tapi kerana aku tak puas hati dari hasilnya. Tertanya-tanya dalam hati kecik aku, kenapa blogger2 lain punya pengikutnya sendiri, Apa yang menarik minat pengunjung? Apa yang membuat pengunjung suka bertapak dan melanggan? Sedangkan ada sesetengah blog tu aku tengok kadang2 hanya banyak gambar dari story, dan ada pula story pun pasal diri dia, keluarga dia, kucing dia, ai..kerana cerita seekor kucing yang bawak lari seekor ikan didapur rumah dia pun jadi satu topik yang menarik minat ramai. Atau dia ni tergolong orang2 yang glamour? Glamour sangat ker dia? ahh..lantak ler, buat apa aku nak sibuk, itu hak peribadi dia, Kenapa aku nak susahkan otak aku fikir perkara yang sia2. Wooo..wooo..tapi kalau korang masuk blog berkaitan politik, yang ni aku tak heran, sama gak blog yang berkaitan artis2, tak kira sama ada dalam atau luar negara. Peminat memang2 cukup memberasankan. Kalau blog politik tak kiralah samaada penyokong parti pemerintah mahu pun pembangkang. Sebab kerana masing2 mereka ingin tahu perkembangan politik semasa, isu politik semasa. Dan kadang2 mereka telan sebulat2nya hasil karangan mereka tanpa usul periksa. Dan seperti ini bisa memesongkan kita dari yang hak dan yang batil. Kadang2 aku sendiri pun terbabas dari menyalahi etika, tapi seandainya aku terpesong, tegurilah aku, nasihatilah aku, kerana aku juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan. Jangan biarkan aku leka dalam kesombongan.
Akhir kata, terimalah buah tangan terbaru aku untuk tatapan korang, dan sama2 kita berkongsi pengetahuan dalam dunia internet khususnya sebagai blogger yang beretika.
Sekian.

3 comments:

tgkazura tgkhamzah said...

Salam...

Apa kbr tuan punya blog..? tqvm akk ada ambil sedikit sbyk perkongsian ilmu di sini..

tgkazura tgkhamzah said...

akk nak suggest tlg tukaq tulisan blh...? x clear la..

Abe Atok said...

W'Salam. Kikikiki..saya cihat kak, cuma tak brapa sempat update blog jer.. tmbah² masa terhad ngan tugas.. akak nk amik atau nk wat mcmana pun terpulang la... sbb apa saja ilmu yg saya dapat ni free yg dikurniakan oleh Allah kpd saya, so secara percuma juga saya tunjukkan...

Errrkkk..nk tlisan camno gak.. sbnarnya otak saya ni cam kartun, jd memandangan tlisan yg disediakan oleh Uncle Google ada btuk kartun..saya layan jer r... Insyaallah...lama kelamaan akak mungkin terbiasa ngan tlisan ni. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...