Thursday, August 5

Bagaimana menyusun kedudukan Blog?

Salam,
Kembali bersua..
Topik kali ini berkenaan dengan Blog Layout, atau susunan. Susunan merangkumi Header, Blog Post, Gadgets, Footer dan saiz keseluruhan blog.
Blog Body Layout.
Bagi blogger layout terbaru dari google, terdapat 8 type yang disediakan. Ini anda akan temui pada blogger template designer, Tab layout. Body layout.
Lihat contoh gambarajah.
Berpandukan gambar diatas, anda boleh lihat bagaimana contoh layout saya pilih, Blog post adalah ruang dimana tempat sesuatu perkara yang anda post akan ditetapkan. Kedudukan ini
adalah tetap, kecuali anda mengubah atau menukar kepada susunan yg lainnya.  Bahagian atas sekali dinamakan Header, Kedudukan header ini anda boleh ubah sekiranya anda meng'edit; dibahagian html script. begitu juga saiz tinggi atau rendah. Bahagian kiri ruang 'post', dibahagian kanan pula ruangan untuk Gadget (Peralatan) sampingan. Bagi saya, blog tanpa gadgets umpama rumah tanpa hiasan. rumah yang kosong seperti rumah tinggal,yang sunyi dan tidak berseri. Banyak gadgets anda boleh pasang dan perolehi secara percuma atau berbayar. Cuma yang percuma biasanya ada yang menganggu mata kita, tapi tak kisah la..yang penting percuma..huhuhu:] Biasanya juga yang percuma ini kita tidak dapat menyorok atau selindung dari mana sumber gadgets tersebut kita miliki, tapi tak kisah la, janji percuma..huhuhu.. berlainan yang berbayar.
Blogging in Pink: A Woman's Guide


Footer Layout.
Footer layout adalah dibahagian kaki atau bawah sekali. Terdapat 3 jenis yg disediakan, samaada satu bahagian, atau dua atau tiga bahagian.
Lihat contoh gambarajah.

Lihat gambar diatas, contoh gambar yang saya ada 2 bahagian untuk footer layout. Kiri dan kanan, Bahagian footer ini anda boleh tempatkan/pasangkan gadgets. Sama seperti gadgets yang dipasang dibahagian sisi blog yang telah kemukakan sebelumnya. 


Blog Layout Witdh.
Sekarang kita pelajari bagaimana mengubah lebar blog, untuk mengubah kelebaran blog, anda perlu klik tab layout, kemudian klik tab 'adjust witdh'. Pada bahagian ini anda akan dapati terdapat dua bar pengukur. Tapi anda perlu ingat, paparan dibahagian ini bergantung kepada pilihan tempate yang anda pilih. Sekiranya blog template yang anda pilih terdapat ruangan gadgets dikiri dan kanan ruangan post, anda akan dapati terdapat 3 bar untuk mengubah lebar ruang. samaada bar size sama besar atau sebaliknya. Gambar dibawah mengikut contoh template yang saya pilih terdapat satu ruang post, dan 2 ruangan gadgets, tetapi kedua-duanya terletak dibahagian sebelah kiri. Lihat contoh gambar.


Berpandukan gambar diatas, untuk mengubah keseluruhan lebar blog, anda klik tanpa lepas pada bar mengubah keseluruhan lebar blog. (Entire Blog). atau anda boleh memasukkan nilai px pada kotak nilai dibahagian hujungnya. Jika anda mengubah size ini, anda dapat lihat secara langsung perubahan di pemuka pra lihat. Sidebar sebelah kanan jika diubah, pembahagian kelebaran kedua-dua ruangan gadgets atau berubah secara automatik. Jadi terpulanglah kepada anda bagaimana mengubahnya.
jika anda kurang jelas dengan tatacara ini, panjangkan kepada saya sebuah email.
Atau anda boleh tinggalkan komen anda disini.
Terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...