Saturday, September 4

Bagaimana Menukar Latar Belakang Atau Warna Yang Berbeza Bagi Setiap Post?

Salam, Bersua kembali.
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk menukar warna atau latar belakang yang berbeza-beza bagi setiap post. Hal seperti ini adakalanya kita lakukan sekiranya untuk kelainan bagi setiap posting kita, ini adakalanya disebabkan mungkin sebahagian gambar yang dimasukkan tidak bersesuaian dengan latar belakang posting. Jadi cara ini anda boleh gunakan bagi membezakan kekeliruan tersebut.
Sekarang mari kita pelajari bagaimana untuk menukarkannya.
Dibawah, adalah contoh keadaaan tersebut, anda juga boleh klik pada link untuk mendapatkan keadaan sebenar: Gambar Latar Belakang Yang Berbeza Bagi Setiap Post.


BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN?

Untuk menukar warna tanpa menambah gambar, anda salinkan kod dibawah ini.
<div style="background#FF00FF; padding:5px 8px 5px 8px,">
Disini ruang apa yang anda tulis sebagai posting.... dan di akhir posting ada perlu menambah kod untuk menutup posting tersebut. Kod tersebut seperti dibawah yang berwana hijau.
</div>

- Kod yang menggunakan tulisan berwarna merah diatas, anda perlu masukkan pada permulaan posting.
- Kod berwarna hijau pula anda perlu tambah diakhir posting
- Tukar kod warna yang berwarna biru diatas untuk memilih warna kesukaan anda, untuk ini anda boleh lihat    color code template yang telah saya sediakan pada tab halaman. KLIK DISINI untuk melihatnya.

Bagi menggunakan Latar Belakang bergambar pada posting tersebut pula, apa yang perlu lakukan tidak jauh bezanya dengan cara diatas, cuma anda perlu memilih gambar, kemudian muat naik gambar tersebut ke mana-mana image hosting website. Sebenarnya banyak pilihan untuk anda memilih website untuk anda menyimpan gambar, contohnya Photobucket.com, ImageShack, PicasaWeb, Istockphoto dan lain-lain. Anda boleh membuka satu akaun percuma buat anda disana.

Sekarang kita lihat bagaimana untuk menjadikan posting anda berlatar Belakangkan gambar kesukaan anda.
Salin kod dibawah ini.

<div style="background:url(URL ADDRESS OF THE PIC) no-repeat;">
Disini ruang apa yang anda tulis sebagai posting.... dan di akhir posting ada perlu menambah kod untuk menutup posting tersebut. Kod tersebut seperti dibawah yang berwana hijau.
</div>


- Kod yang menggunakan tulisan berwarna merah diatas, anda perlu masukkan pada permulaan posting.
- Kod berwarna hijau pula anda perlu tambah diakhir posting
- Tukar URL ADDRESS OF THE PIC yang berwarna biru dari alamat image yang telah anda muat naik dilaman hosting gambar yang saya katakan sebelumnya.


Contoh bergambar dibawah mungkin dapat membantu anda untuk lebih memahami bagaimana caranya:


Nota:- Nasihat saya, sebaiknya anda masukkan kod tersebut selepas anda mengarang posting, Kemudian EDIT Post. Cara ini lebih menyenangkan dan tidak mengelirukan.
- Lakukan pada EDIT HTML Post bukan pada Compose.
- Dan sekiranya anda melakukan edit posting karangan anda, anda boleh lakukan pada tab compose, ini tidak akan menggangu kod tersebut, kerana ruang compose kod yang ditampal tidak kelihatan.

Selamat mencuba dan bergembira dengan hasilnya,

Sekian,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...