Sunday, June 27

Bagamana cara-cara membuat blog.

Salam, kembali,
Sekarang, bagaimana dan macama nak buat blog anda sendiri, caranya cukup mudah bagi yang biasa dengan keadaan ini, sepertimana yang saya lalui pada mula2 saya pelajari begaimana cara cara nak buat blog, saya rasakan begitu susah, bila saya cari pada enjin pencari, saya taipkan bagaimana ingin membuat blog, enjin pencari memaparkan lebih sejuta alamat web untuk perkataan yang kita taip, bila klik satu, cari2 yang berkaitan, suruh klik link lain, lepas sampai link tu, masuk2 tak jumpa juga, banyak sangat link atau pautan. Sedangkan apa yang saya mahukan tak ketemu, apa boleh buat, jadi saya ambil peluang ini, mengajar anda yang belum tahu bagaimana nak buat blog sendiri, blog peribadi mahupan blog kumpulan2 anda, atau sebaliknya, anda boleh pelajari disini.

Pelajari cara cara menbuat blog. Mudah, jimat dan yang penting, free, atau percuma.
Pada halaman sebelumnya saya menunjukan cara-cara bagaimana membuka/membuat akaun google, melalui akaun gmail. Nah..sekarang ni anda boleh mulakan bagaimana membuat blog dengan langkah-langkah berikut.

Cari alamat atau anda boleh Klik pada alamat ini, www.blogger.com, seeloknya anda buka dua halaman web window pada screen computer anda, supaya memudahkan anda, melihat ruangan ini, dan satu lagi untuk anda teruskan langkah-langkah bagaimanana, jadi anda tidak perlu kebelakang atau kedepan, ini boleh menyebabkan data yang anda buat boleh terhapus.Klik pauntan terus ke laman membuat blog. www.blogger.com.

Selepas anda klik ke alamat www.blogger.com, anda akan lihat pemuka seperti gambar dibawah,
1-    Pilih bahasa yang ingin anda guna, klik pada anak panah pada tab sekiranya anda ingin bahasa yang anda ingin gunakan tidak dipaparkan.
2-    Masukkan alamat email anda.
3-    Masukkan kata laluan anda
4-    Klik pada log masuk (login).
Double Klik pada gambar untuk membesarkan saiz gambar dibawah.

Seterusnya anda diminta mendaftar sebagai pengguna blog. Alamat email anda telah dimasukkan secara automatic, selepas anda log masuk. Begitu juga dengan nama anda, nama ini adalah nama yang anda gunakan untuk mendaftar akaun gmail anda sebelumnya.

5-    Tuliskan nama yang anda ingin dipaparkan pada profile anda dilaman blog anda.

6-    Tandakan pada kotak pemberitahuan mengenai pembaharuan atau maklumat terkini dari pasukan blogger melalui alamat email anda, sebaiknya anda tandakan ruangan ini supaya anda sentiasa anda mendapat berita daripada pasukan blogger mengenai perkembangan semasa.
Tandakan juga pada bahagian persetujuan anda mengenai terma dan syarat-syarat sebagai pengguna blog, klik pada tulisan berwarna biru untuk membaca secara jelas terma dan syarat-syarat yang dikemukakan.
7-    Klik tab seterusnya”continues” untuk meneruskan kepada langkah-langkah seterusnya.
Double Klik pada gambar untuk membesarkan saiz gambar tersebut.

Sekarang anda akan temui paparan dimana anda perlu memberitahu nama tajuk blog anda.
8-    Tuliskan tajuk blog anda.Sila lihat contaoh gambar diatas.
Double Klik gambar tersebut bagi membesarkan saiz gambarnya.

9-    Buatkan alamat blog anda, alamat blog adalah dimana pelawat atau enjin pencari dapat mengesan alamat blog anda, pastikan alamat blog hanya menggunkan perkataan daripada huruf kecil, dan tidak boleh dijarakkan, contohnya :- http://blogsaya.blogspot.com.

10-    Klik pada tulisan berwarna biru ‘check availability’, bagi memastikan nama alamat blog boleh digunakan atau tidak, sekiranya keluar tulisan dibawahnya yang berwana hijau mengatakan seperti berikut ‘This blog is available’, maknanya alamat blog yang anda gunakan diterima. Sekira sebaliknya, anda perlu mencari nama lain yang sesuai dengannya, tekan ulang cara seperti sebelumnya hingga alamat anda diterima.

11-    Klik pada tab ‘continues’ untuk langkah-langkah seterusnya.
Double Klik pada gambar untuk membesarkan saiz gambar tersebut.

Ruangan dipaparan ini paling saya suka, memilih template kegemaran, menukar latar belakang gambar, menukar warna tulisan, menukar bentuk tulisan dan sebagainya.
Kreativiti atau cara menghias blog, sepertimana kita menghias rumah, tersusus keadaan rumah kita, bijak mengunakan ruang, kemas dan bersih kebiasaan membuat tetamu yang hadir kerumah kita akan memuji, begitu juga dengan hiasan blog, bukanlah kita mengharapkan pujian semata-mata, sebenarnya blog umpama diari bagi kita, dan kita akan sentisa membukanya bila ada sesuatu yang ingin kita catatkan, ruangan yang mendamaikan kita, dan mengujakan tetamu yang dating walau hanya menjengah seketika, sekurang-kurang biar ada sesuatu yang menjadi tarikkan. Umpama rumah kita, ada masanya kita perlu membersih, mengemas kini, menokok tambah atau membuang apa yang tidak perlu. Supaya blog kita sentiasa up-to-date. Bagi saya semakin ramai pengujung yang dating, semakin hati saya semakin bersemangat untuk mencari sesuatu yang baru untuk saya paparkan buat penyejuk mata tetamu saya. Dan sekiranya tetamu saya meniru baharan atau apa saja alatan didalam laman blog saya, dari situ kita dapat tahu apa yang kita isi, apa yang kita letak, apa yang kita tambah mendapat perhatian. Itu maknanya blog kita mendapat perhatian. Tidak kisah kalau dia nak tiru semua sekali, dari A to Z. Kerana saya percaya setiap tukang rumah, walaupun dari sekolah yang sama, skill atau teknik yang digunakan tetap berlainan. Mungkin anda dapat melaku lebih baik dari saya, itu tidak ada yang mustahil. Kerana kadang-kadang apa yang saya perhatikan selama ini, seorang guru tetap menjadi guru, dan seorang pelajar atau murid akan mempunyai peluang yang lebih baik dari gurunya, Cuma berkat seorang guru itu berkekalan. Itu pandangan saya, pendapat kita mungkin berbeza-beza.

Memilih template, Kalau tak salah saya, pada pertengahan bulan jun 2010, pihak pasukan blogger, telah mengemas kini template berwajah baru, lebih segar, lebih kemas, dan lebih banyak pilihan. Langkah beruntungnya saya kerana dapat mengajar anda dengan contoh-contoh template terkini blogger.com, wow..bagi saya cukup menarik, sedangkan sebelumnya saya terpaksa jelajah dari satu web ke satu web untuk memilih template, tapi sekarang tidak lagi, saya boleh menukar gambar latar belakang tiap-tiap hari kalau saya mahu, kalau dulu saya terpaksa muat turun dari mana laman web, dari wordpres, atau laman-laman web yang menyediakan blog template percuma, kemudian saya kena upload (muatnaik) template tersebut, sehinggakan masa kita terbuang banyak dengan langkah-langkah tersebut, tapi kini, anda hanya perlu klik, klik, klik, terus gambar latar belakang laman blog anda berganti baru, terima kasih kepada www.blogger.com. Amat menyenangkan pengguna (user friendly).

Kita ke langkah seterusnya,
12-    Pilih template yang anda suka, atau anda ingin memilihnya kemudian, anda boleh klik terus ke langkah seterusnya, klik ‘continues’. Tetapi bagi saya, saya susun pilih dan susun template saya kemudian.

13-    Nah..sekarang laman blog anda telah dibuat, Tahniah kepada anda, dan selamat menjadi sebahagian keluarga blogger. Di pemuka ini saya mula dan bersedia untuk memilih template yang saya suka, begitu juga anda, Klikkan pada tulisan yang berwarna biru iaitu menetap template anda.’customize how your blog’, kemudian anda tunggu beberapa saat hingga pemuka template dipaparkan.
Lihat contoh gambar.
Double Klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar tersebut.

14-    Setelah anda pilih template,  Klikkan pada template yang anda mahukan, kemudian pada bahagian atas kanan, terdapat tab berwarna oren’pasangkan pada blog’.(Apply to Blog”), Klik tab ini, sekiranya tab tersebut bertukar menjadi kelabu, bermakna template tersebut telah dipasangkan pada blog anda.  Saya akan tunjukkan cara-cara mengubah suai template serta fungsi-fungsi lain pada halaman atau catatan yang akan datang. Langkah tersebut bagi saya perlu pengasing dari proses ini, kerana langkah-langkah dan atur caranya lebih panjang, tetapi tidak susah untuk anda pelajari. Langkah tersebut saya perlu menyediakan bahan-bahan atau gambar lengkap bagi kemudahan dan kefahaman anda.
Double Klik pada gambar untuk membesarkan saiz gambar dibawah.

15-    Setelah template telah anda pilih dan telah dipasangkan kepada blog anda, untuk melihat blog anda, anda perlu klik pada ‘kembali kepada blo’ (back to blog). Bahagian kiri sekali dibarisan sama dengan tab pasangkan blog, tulisan berwarna biru cerah. Lihat contoh pada gambar diatas.
Double Klik Pada gambar untuk membesarkan saiz gambar tersebut.

Ok, sekarang anda berada dibahagian pemuka laman blog anda, dimana laman helaian ini memaparkan bahagian susun atur  elemen blog anda, di halaman ini juga anda boleh menyusun kedudukan-kedudukan peralatan atau gadget didalam blog anda. Anda boleh pindah-pindah tempat dan kedudukan asal peralatan tersebut mengikut kemahuan anda atau kesuaian tempat kedudukannya. Kerana size, memajang atau lebar gadget tidak sama, jadi kita kena tahu tempat yang kita letakkan adalah sesuai atau tidak, untuk mengubah sesuatu peralatan/gadget, anda Cuma perlu klik tanpa melepaskan klik tetikus, dan alih atau pindahkan ketempat yang bersesuaian. Saya akan jelaskan secara lebih jelas dikesempatan akan datang, atau anda boleh email pada saya sekiranya anda saya lupa mengenai perkara ini. (Lihat contor Gambar Diatas).

Oh ya, untuk memendekkan masa, saya tunjuk bagaimana cara untuk anda membuat catatan (posting). Ini yang paling utama dalam pembinaan blog, tanpa posting, maka tidak bermaknalah blog kita, sebab tujuan kita membina blog, kerana kita ingin berkongsi maklumat atau cerita-cerita menarik kita yang mana orang lain tidak mengalami, mungkin juga serangkap pantun yang lunak didengar masih tersimpan di helaian kertas yang semakin hari samakin lapok dimakan masa, tetapi dilaman blog, selagi kita tidak padam blog tersebut, selagi itu akan terpapar dienjin pencarian.

Untuk membuat catatan (posting), anda perlu klik tab catatan yang terdapat bahagian atas sebelah kanan. Klik pada catatan, kemudian anda lihat satu ruang untuk anda tulis apa yang ingin anda tulis. Sila lihat contoh gambar dibawah. Diruangan ini, anda boleh masukkan gambar, video, pautkan (link) pada perkataan yang anda tandakan, dan anda juga boleh menukar jenis, bentuk tulisan dan lain-lainnya. Untuk memasukkan gambar, video atau pautan (link) akan saya sambung dilain kesempatan. Insyaallah.Tetapi anda boleh mencubanya berpandukan gambarajah yang telah saya sisipkan dibawah.
Double Klik pada gambar untuk membesarkan size gambar tersebut.

Akhir sekali, setelah catatan anda telah siap, anda boleh simpan buat sementara waktu atau anda boleh terbitkan catatan tersebut.
Klik pada tab dibahagian bawah untuk anda terbitkan, dan tab simpan untuk anda simpan tanpa penerbitan. Sekiranya anda klik tab untuk terbitkan, tunggu sehingga keluar paparan yang menyatakan ‘Blog anda telah berjaya diterbitkan’. Untuk melihat bagaimana catatan tersebut dipaparkan dilaman blog anda, anda boleh klik tab lihat catatan (View Post), atau anda ingin membetulkan catatan (edit Post) atau juga anda mahu buat catatan baru, klik tab buat catatan baru.(Create New Post).
Anda juga boleh melihat secara pratonton catan anda sebelum menerbitkan catatan tersebut, Tab pratonton terdapat dibawah tab ‘Compose’.
Double Klik pada gambar untuk membesarkan size gambar tersebut.

Sekarang anda sudah pelajari sedikit sebanyak mengenai blog, Insyaallah, dilain kesempatan, saya akan sambung catatan bagaimana membina atau membuat blog anda sendiri dalam visi bahasa melayu (Malaysia). Kepada mereka-mereka yang telah lama atau lebih pakar, perbetulkan saya sekira ada kesilapan-kesilapan apa yang saya catatkan disini, atau blog ini, setiap komen anda membuatkan sentiasa mengkaji dan menambah baik segala apa yang saya ajar untuk kepentingan bersama. Sekadar ingin membantu anda dan mereka-mereka yang baru berjinak-jinak dalam pembinaan blog. Diharap anda berpuas hati setiap apa yang saya catatkan. Sesungguhnya pembelajaran ini saya ajarkan secara percuma kerana apa yang saya pelajari juga secara percuma tanpa walau seorang guru, hanya berpandukan dari sumber lihat dari paparan blog ke blog dan saya pratikkan dimonitor buruk saya ini. Cuma masa yang begitu lama untukmemahirkan diri saya, begitu juga saya harapkan kepada mereka-mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini, jangan ada sikap berputus asa, Hasil yang bergunung bukan datang secara langsung atau sekali gus, tapi datang secara sedikit demi sedikit, umpama mengasah belakang parang yang sememangnya diciptakan tumpul.

Setakat ini saja untuk kali ini, semoga anda berjaya dengan apa yang anda pelajari.
Salam.



2 comments:

Unknown said...

cam mane nak wat pattern ni bang sy xjumpa..please buntu dah nie..

Unknown said...

Parttern mcm facebook interface ni ker? Atau nak tambah menu drop bhagian atas? Sbenarnya dah lama saya tak update blog ni.. lagi pula blogger interface dah byk berubah... tetapi sdikit sbanyak saya cuba membantu sekadar yg saya ingat.. Sbb interface ni saya byk ubah pd HTML Editor..guna HTML code sndiri berpandukan Code warna global.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...