Wednesday, September 29

Macamana Nak Buat Favicon Icon?

Salam,
Kali ini saya nak kongsi sesuatu yang saya jumpa dengan korang. Bukan ler best sangat perkara dia, tapi sebelum ni banyak tempat saya selongkar macamana nak buat Favicon icon. Guna gambar kita sendiri atau gambar2 lain yang korang suka sebagai lambang blog/site korang.
Macam2 page saya selongkar, bila buat, bila nak simpan atau save  HTML yang saya edit keluar error, mungkin pembuka atau penutup dia salah. Kadang2 dah simpan, ok!, tapi bila check pada page view..Atoi..tak keluar pulak. Pergi banyak page, banyak site, aturcara pun berbeza-beza. Pening kepala. Ye la.. lain orang mungkin lain cara. umpama kata, lain padang lain Belalang. Ada gak yang saya dah buat, boleh simpan, boleh nampak ikon yang saya buat tu, masalah lain pulak yang timbul, tetapi hanya untuk browser Mozilla Firefox jer, Atoi...masalah betul rasanya.


Akhirnya saya terjumpa gak cara bagaimana cara, Cara yang cukup senang dan cukup mudah berbanding dari cara2 yang lain. Itupun bukan kerana saya dapat melalui cara selongkar tanpa pembelajaran. Tapi selongkar secara mendalam dalam satu site, Sebab saya tengok site dia ada ikon gambar dia sendiri, So saya tertanya pada diri saya macamana dia buat? Sedangkan dalam posting dia tidak ada pulak dia menceritakan bagaimana dia pasang Favicon Icon tu. Sedangkan dalam blog/site yang pernah saya kunjungi berkaitan perkara ni, walaupun ada sesetengahnya menceritakan bagaimana cara2 pemasangan ikon ni, tapi pada page dia masih guna ikon std blogger. so? Kadang2 saya sendiri pun cedok idea orang, tapi sebelum saya terbitkan semula secara lengok bahasa saya, saya pastikan apa yang saya terbitkan betul2 berfungsi. Bukan main ceduk tanpa usul periksa. Bukan apa, sejak blogger menyediakan blog template yang baru ni, rasanya posting2 bagaimana cara2 pemasangan bagi sesuatu peralatan, kebanyakkan dah berubah, sebab..kadang2 apa yang diterbitkan dan apa yang ditunjukkan tidak sama dalam blogger template yang baru.. maklum sajalah, saya ni blogger yang masih baru, kebanyakannya kalau agak2 sesuatu perkara yang berlainan agak membingungkan kepala. Tambah2 perkara yang berkaitan java script atau HTML.

Pada yang tak pernah tahu mengenai favicon icon, meh..saya tunjukkan secara bergambar apa yang dimaksudkan, supaya korang senang faham. Entah kenapa ek..Sejak dari dulu lagi, Kalau saya mengajarkan sesuatu, saya lebih suka kalau gambar disertakan. Sejak dari saya bekerja sebagai penyelia dan penyedia 'Produk Proses Work Istruction' disebuah kilang Electronik di Johor Bharu. Cuma bagi saya cara ini lebih senang difahami. Mungkin... Lihat gambar favicon ikon yang saya buat pada blog saya. Dan anda juga boleh memasang pada blog/site anda juga..
Nah, cuba lihat dengan jelas, saya gunakan gambar saya sendiri..huhuhu..gambar sebenar saya..

Mungkin anda berminat dengan cara pemasangannya.
Cukup mudah dan cukup senang, Sesuai dengan semua browser engine.
Langkah pertama apa yang perlu anda buat ialah, Berdaftar dengan IconJ.com, Right klik, kemudian pilih Open Link In New Tab, untuk memudahkan korang kembali disini. [Klik].

Selepas anda berdaftar, anda perlu sahkan akaun anda. Buka email yg anda gunakan untuk mendaftar, klik link untuk mengaktifkan akaun anda di IkonJ.com. Kemudian Login akaun anda.

Bila anda berada dilaman akaun anda, Muat naik gambar yang anda ingin gunakan sebagai ikon.
Support format Gif, JPG dan PNG.

Kemudian, Namakan file gambar yang anda muat naik. Seterusnya klik tab 'save it'.
Kemudian, pada side bar, lihat tab 'My Favicon Code'. Klik tab tersebut.
Kemudia anda akan temui Dynamic Favicon Code anda, Salin code (Copy Code) didalam ruang kotak tersebut. Tampalkan sementara pada note pad jika perlu.
Setelah anda salin code didalam kotak, anda perlu edit HTML site anda. Untuk new blogger template, Anda perlu cari perkataan <title><data:blog.pagetitle/></title>. Tampal code tersebut selepas atau dibawah perkataan tersebut. (Lihat contoh dibawah).

Sekarang anda perlu klik tab 'Save Template'. Seperti mana yang saya buat, tidak ganguan atau perkataan error yang berlaku.

Selamat Mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...