Saturday, September 4

Bagaimana Membuat Alat Zoom Pada Gambar Didalam Blog Anda.

Salam,
Ntah kenapa hari ini saya lebih suka bermain dengan peralatan gambar, semalam saya merangkak jauh dari satu laman ke satu laman. Lalu dalam rasa seronok menyelongkar segala isi perut setiap laman, Saya terjumpa sesuatu yang mungkin menarik minat anda, sebenarnya anda boleh jumpa cara yang sama di halaman-halaman yang lain, tetapi seperti apa yang telah saya katakan pada post saya yang sebelumnya, apa yang saya pelajari saya kongsikan dan saya olahkan mengikut bahasa melayu. Ini kerana bagi saya, ada sesetengah individu kurang fasih mengunakan bahasa asing, jadi disini saya terjemahkan mengikut cara saya dan bahasa saya. Dan ini amat menyenangkan hati saya, begitu juga bahasa yang saya gunakan, sebolehnya saya inginkan setiap posting saya mesra dengan Translator Gadget yang saya pasangkan dalam laman saya ini. Saya mahukan keadilan bagi setiap pelawat atau pengunjung laman saya. Dan harapan saya anda bergembira.
Nah, Apa yang saya ingin kongsikan kali ini mengenai gambar yang mana sejenis alat yang dipasang dapat membesarkan gambar yang anda muat naik kedalam laman anda dapat dibesar seperti kanta pembesar. (ZOOM).

Bagaimana Menukar Latar Belakang Atau Warna Yang Berbeza Bagi Setiap Post?

Salam, Bersua kembali.
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk menukar warna atau latar belakang yang berbeza-beza bagi setiap post. Hal seperti ini adakalanya kita lakukan sekiranya untuk kelainan bagi setiap posting kita, ini adakalanya disebabkan mungkin sebahagian gambar yang dimasukkan tidak bersesuaian dengan latar belakang posting. Jadi cara ini anda boleh gunakan bagi membezakan kekeliruan tersebut.
Sekarang mari kita pelajari bagaimana untuk menukarkannya.
Dibawah, adalah contoh keadaaan tersebut, anda juga boleh klik pada link untuk mendapatkan keadaan sebenar: Gambar Latar Belakang Yang Berbeza Bagi Setiap Post.


BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN?

Friday, September 3

Bagaimana Untuk Membuat Site Anda Lebih Meluas Siaran?



Salam kembali, Kali ini saya ingin menunjukkan anda bagaimana untuk membuatkan site anda lebih meluas tersebar di seluruh enjin pencari seluruh dunia. Atau anda mahu saja saya lupakan pengetahuan saya ini untuk dikongsi bersama, Terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menerimanya, tetapi anda boleh cuba cara ini, mungkin ini satu rahsia yang jarang sekali dikongsi bersama, ingatlah, cari ini sememangnya membantu site anda merebak dan merangkak kesetiap enjin carian seluruh dunia, anda boleh mencubanya, dan katakan kepada saya, sehari selepas anda melakukan cara ini, purata pungunjung site anda masih

Bagaimana Memasang Sharing Sexy Bookmark?

Salam,
Dari satu laman kesatu laman saya menjelajah, Waktunya sudah kepagi, mata pula rasa mengantuk. Tiba-tiba tiba disatu ruang, website dari negara jiran, saya terjumpa sesuatu yang mungkin boleh dikongsi bersama, mungkin ada yang berminat mungkin juga sebaliknya, Itu terpulanglah kepada anda, sekadar ingin berkongsi apa yang saya jumpa.
Sharing sexy bookmark, tab yang menyenangkan juga begitu cantik, memudahkan pelawat berkongsi posting anda secara cepat kelaman-laman sosial atau lainnya. Bagi saya ianya cukup mesra pengguna. dan sungguh sexy seperti apa yang dikatakan dan bersesuaian dengan tajuknya.

Wednesday, September 1

Bagaimana Memasang Gadget Facebook Kedalam Blog atau Web Anda.

Facebook merupakan sebuah laman web rangkaian sosial terbesar dengan lebih daripada 400 juta pengguna aktif dan bertambah besar setiap hari! Pastikan anda menggunakan widget Facebook untuk berhubungan dengan khalayak yang lebih besar Facebook anda melalui blog atau website anda. Anda boleh menggunakan alat ini untuk dengan mudah berkongsi maklumat profil tertentu, laman web, blog, dan perniagaan dengan masyarakat Facebook. Profil Peribadi WidgetsProfile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...